
WASHINGTON – Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama kini sedang mempromosikan kempen menentang obesiti yang dipanggil, “Drink Up”.
Isteri kepada Presiden AS itu menyeru rakyatnya agar minum lebih banyak air kosong setiap hari bagi memastikan kesihatan mereka berada pada tahap yang lebih baik.
“Sangat mudah. Hanya perlu minum lebih air kosong dan anda akan rasai perubahannya,” katanya.
Michelle merancang untuk melancarkan inisiatif terbarunya itu di Watertown, Wisconsin dengan kerjasama artis terkenal, Eva Longoria.
Bagi merancakkan lagi kempen itu, logo khas akan dicetak pada beratus juta botol air dan hampir 10,000 mesin pancuran air awam.
Obesiti merupakan antara masalah kesihatan terbesar di AS di mana satu daripada tiga orang dewasa dan hampir satu daripada lima kanak-kanak mengalaminya.
Oleh: ELZA


0 komentar:
Posting Komentar