Sabtu, 21 Desember 2013

VIDEO Ribut Cuaca Tidak Menentu Menjelang Hari Wuquf


DENGAN tidak lama lagi para jemaah haji terutamanya dari Malaysia di Tanah Suci Makkah akan beramai-ramai menunaikan ibadah Wukuf di Arafah, Tabung Haji memaklumkan cuaca di kawasan Padang Arafah tidak menentu sejak semalam.

Menurut laman Facebook Lembaga Tabung Haji (LTH), semalam hujan lebat turun di Arafah namun ia adalah sesuatu yang biasa di padang pasir itu setiap kali berlakunya perubahan musim.

“Khemah yang terjejas lebih kurang 30 peratus sahaja. Cuaca panas dan terik akan mengeringkan khemah-khemah dan permaidani yang basah dan dijangkakan ia tidk menganggu persiapan menjelang hari wukuf,” menurut laman Facebook LTH.

Menurut LTH, pihaknya yakin pihak Muassasah yang menguruskan perjalanan jemaah haji cukup pengalaman dan bidang ini untuk memastikan segalanya bersedia dalam tempoh tiga hari menjelang hari Wuquf kelak.



(FB Salam Baitullah)

Kerajaan Arab Saudi menetapkan Hari Wuquf ialah pada hari Isnin 14 Oktober 2013.

Sementara itu LTH memaklumkan dakwaan bahawa lapangan terbang dan sempadan Makkah ditutup ekoran ribut taufan adalah satu khabar angin yang tidak benar.

“Penutupan tersebut mengikuti jadual terakhir yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi kepada jemaah yang menggunakan visa haji pada musim iaitu semalam  pada 9 Oktober,” katanya.

Kepada anda yang ingin mengikuti kemaskini dan maklumat terkini daripada Tanah Suci Makkah bolehlah mengikuti laman Facebook LTH di laman Official : Lembaga Tabung Haji.



0 komentar:

Posting Komentar